Wednesday, January 12, 2011

nak tulis apa ya?


Assalamualaikum, entry pada tengahari ni nak kongsi tentang idea untuk post entry. Ramai yang mengadu, sy tak tahu nak tulis apa kat blog ni. Tunggu, biar sy memudahkan kerja anda dengan memberi idea untuk mem'posting' entry dalam blog ni. Okey, there are many idea that you can write in your own way/style. It's okay for the beginner who doesnt know even to find 'new post' button, for those person.. you can learn through the next post. But in this post, i'm going to share with all of you tentang idea nak tulis apa kat dalam blog ni untuk tatapan rakan2 kita.

Ok, anda boleh tulis tentang diari hari ni, anda jugak boleh buat ucapan seperti, Selamat Hari persahabatan/happy beautiful date/happy mothers day kalau hari tu kebetulan ada hari2 istimewa. Ingat walaupun ucapan itu pendek dan ringkas tapi ia cukup bermakna buat rakan2 yang membacanya, setuju dengan saya? Angkat tangan..hehehe... Ok, yang ketiga, anda boleh post gambar2, contohnya gambar hari ni, gambar masa foundation dulu ke, atau gambar2 lucu/kantoi dan sebagainya..Jadi kalau kita yang tengok gambar tu sedikit terimbau kembali kenangan foundation dulu, atau gambar kantoi, Syazwan terkorek hidung ke..hahaha..contosss...ha-ha-ha... Anda juga boleh berkongsi tentang sesuatu application, gajet, promosi dan apa jua lah, bukan ke itu satu perkongsian yang bagus? Selain itu, anda juga boleh post tentang cara-cara untuk menulis post dalam blog; cara memasukkan video/gambar dan sebagainya berkenaan blog, cara buat simple menu untuk lunch anda hari tu, cara buat cekodok sedap resepi istimewa mak2 korong ke atau aaaapa2 jua cara-lah. Paham??? -paham cikgu... -bagusss...ha-ha-ha.. Selain daripada tu, korang juga boleh kongsi tips2, tips2 menguruskan badan ke, tips2 jumpa mak mertua ke, tips2 menjadi teruna terhangat di pasaran ke, terpulang....

Hmm...baaaanyak kan idea nak tulis sebenarnya. Okey lepas ni, sama-samalah kita memakmurkan blog kita ya. Sekadar hiburan kita di waktu lapang dengan melawat dan membaca blog kita yang ditulis oleh rakan2 kelas kita. Terimalah hadiah blog ini untuk semua.. sebagai wadah untuk menyampaikan maklumat, berkongsi manfaat, berkarya dan seumpamanya.

Ok...Tewimaaa kasssehhhh!
pk2...na na na na na....

No comments:

Post a Comment