Hai-hai hai haiii! Assalamualaikum wbt. Apa habaq semua? Harap2 khabar2nya baik2 saja ya! Wah excited pencerita kali ni mempostingkan entry ni. Memandangkan tiada lagi posting untuk pembuka tirai semester baru ini, makanya saya ambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menempuhi Semester baru buat semua Guru Pelatih ambilan Julai 2008 terutamanya buat guru pelatih unit PK.
Di sini juga, saya ingin mengucapkan selamat kepada KU dan PKU semester 3 iaitu Saudara Firdaus Abdul Rahman dan PKUnya Saudari Siti Najwa Bt Ghazali dengan ucapan, Selamat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggngjawab. InsyaAllah, kami akan memberikan kerjasama dan sokongan padu buat anda berdua.
Buat semua warga PK, semoga semester ini akan menjadikan kita guru pelatih yang lebih bersemangat tinggi dan istiqamah dalam melaksanakan tugasan yang diberikan tanpa mengenal erti penat dan jemu. Bersama-sama kita tinggalkan fi'il2 lama kita yang tak berapa nak 'berjuruh' kepada yang lebih 'berjuruh'. Semoga kita dapat berlaku matang dalam segala tindak-tanduk kita.
Sekali lagi, SELAMAT MENEMPUH SEMESTER BARU! ^_^

No comments:
Post a Comment