Friday, December 3, 2010

Seindah cahaya......




Assalamualaikum W.B.T....
Mst korang pelik kn entah apa ke bendanya tajuk 2???haaaa...ada kaitannya dgn cerita di bawah ni....tgk dan baca ye....

                Pada awal pagi tanggal 3 Oktober  1990 bersamaan 13 Rabiul Awal 1411 Hijrah, lahirlah seorang puteri yg diibarat seperti  cahaya yg menyinari  pasangan Abdul Rahim B. Abdul Rahman dan Zaleha Bt Ujang ini. Manakah tidaknya, anak sulung kn??? Puteri ini diberi nama Norshahidah Bt Abdul Rahim dn dilahirkan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur (skrg tukar nama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ). Jdnya, saya ni anak jati Kuala Lumpur tetapi dibesarkan di Shah Alam dan sekarang menetap di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor. Kalau nk tau ayah saya yg beri nama ni secara tiba2 disebabkan xda nama khusus pn utk saya sehinggalah nk tulis sijil lahir pun masih xda lg sampailah ayah saya yg beri nama utk saya....pelik kn???heheh...xpalah nama saya ni pun cantik gak kn??mksd nama saya ni ialah ‘cahaya saksi’ dan nama saya pun ada kt dlm facebook huhuhu....=) sempat promote lg...hee~~~

                Sejak dr kecil lg minat nk jadi guru 2 mmg ada mmandangkan arwah mak saya seorang guru. Jdnya, minat dan pengaruh 2 adalah sikit.Sehinggalah arwah mak meninggal sewaktu tingkatan 3, saya dh nekad akan menjadi seperti arwah mak suatu hari nnt.Selepas SPM, saya dipanggil untuk  untuk menghadiri temuduga  di IPG Raja Melewar, Seremban. Itupun ayah saya yg menyuruh saya temuduga kt sana mana tau dpt kt situ huhuhu.... 2 bulan berlalu,Alhamdulillah, akhirnya saya diterima ke IPG tetapi saya diberitahu oleh mak cik saya yg saya akan ke Terengganu. Aik???Betul ke??? Pada mulanya, saya tidak percaya lalu saya terus melihat surat tawaran di internet bahawa saya akan ke IPG KDRI, Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman. Hah??Terengganu?? Adoi, xprnh trfikir pn aku akan ke sana dgn jarak yg amat jauh dr negeri saya ni. Mulanya, saya trfikir nk tolak tawaran 2 tp disbbkan dorongan dan nasihat dr keluarga supaya jgn lepaskan peluang ni.Inilah masanya saya akan mengikuti jejak langkah arwah mak saya.

                Di IPG KDRI, bermulalah kehidupanku sebagai seorang guru pelatih. Bnyk sgt pengalaman2 sepanjang  hampir 3 thn menetap di sini sama ada bersama rakan2 sekelas, pensyarah dan org2 di sekeliling. Pengalaman yg xdpt dilupakan semestinya sewaktu orientasi PPISMP semester 1. Pada hari pertama orientasi dulu saya dn Fadilla nk solat Zohor sbbnya acara perasmian akan bermula ptg nnt. Jdnya disbbkan lantai bilik yg kotor kami trpaksa solat di atas katil. Yg kelakarnya, masa Fadilla tnya mana arah kiblat, saya pun dgn yakinnya bhw ni arahnya pdhal arah kiblat yg saya tunjukkan sbnrnya salah...tulah, padan muka aku...hahah....

                Kalau pnglmn pahit 2, xperlulah diceritakan ye....hehhe....kalau blh nk hargai sgt masa pengajian ni....sbnrnya xprnh trfikir pun akan dpt kos pendidikan khas ni....tp xpalah, berani sahut cabaran....lg 3 thn je lg....takut gak stp kali naik semester  sbb makin  naik semester makin susah subjeknya...huhuhu...harap saya dan juga kawan2 semua akan dpt habiskan pengajian ini dgn cemerlang dan bakal mnjadi seorang guru pendidikan khas yg cemerlang, gemilang dan terbilang. Amin...Bak kata Afiqah, ‘let’s enjoy until the fullest okeh!’ (maaflah kalau xbtl hehhe...)

                Sebelum undur diri, ni ada kata2 khas bt korang semua...=)

“Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.”


“Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.”


“Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat”


Terima kasih krn sudi baca post mengenai diri saya ni....syukran...=) wassalam....
(di bawah ni gambar saya...hehehe)















4 comments: